Harap-harap, hidup kembali..
Termenung bersama sarapan pagi,
Kuterfikir seketika,
Berkenan coretan jiwaku yang terhenti,
Dan kenapa…
Jiwaku membara menulis,
Kerana itulah bagiku, hasil tangan dan minda,
Itulah bukti diriku bukan serba biasa,
Itulah kelainanku daripada mereka.
Teringat kembali, kukoyakkan segala,
Marah dan dengki mengaburi semua,
Ego dalam diri, dikatakan naluri bangsa,
Tidak akanku menulis lagi, dikata.
Kuangkat pena hari ini mencari makna,
Membuktikan sesuatu kepada diri,
"Hancur cinta, tidak bermaksud hancur segala,
Hancur cinta, lahirlah syair di jiwa."
November 9th, 2008 at 11:52 pm
Good post.